Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

Kak Cik Yah Pempengaruh

Budak 7 Tahun Boleh Angkat Berat Hingga 80kg, Mungkin Kanak-Kanak Paling Kuat Di Dunia

Beliau telah menjalani latihan bersama bapanya sejak usianya lima tahun.
Editor
19 Dec 2020, 04:15 PM

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun mampu mengangkat berat sehingga 80 kg dan kini mendapat gelaran "budak terkuat di dunia."

budak 7 tahun boleh angkat berat hingga 80kg, mungkin kanak-kanak paling kuat di dunia

Rory van Ulft dinobatkan sebagai Juara Nasional Remaja dalam sukan angkat berat bawah-11 dan bawah 13-tahun bagi kategori 30 kg.

budak 7 tahun boleh angkat berat hingga 80kg, mungkin kanak-kanak paling kuat di dunia

Anugerah ini menjadikan kanak-kanak yang mempunyai ketinggian empat kaki itu remaja paling muda di Amerika Syarikat menjadi juara kategori sukan berkenaan.

Beliau yang berasal dari Ottawa, Kanada dapat mengangkat berat sehingga 80 kg, selepas menjalani latihan bersama bapanya sejak usianya lima tahun.

Bapanya, Cavan berkata: "Adalah adil untuk mengatakan bahawa Rory adalah gadis kecil terkuat di dunia."

"Berdasarkan jumlah pungutan mata yang dia ada sekarang, Rory bukan sahaja berusia tujuh tahun dan terkuat di dunia, malah dia mungkin juga kanak-kanak yang terkuat pernah hidup setakat ini."

Walau bagaimanapun, kanak-kanak itu tidak melihat dirinya sebagai ahli angkat berat, sebaliknya sebagai seorang ahli gimnastik.

Rory menghabiskan empat jam seminggu untuk angkat berat, dan sembilan jam sebagai gimnastik, lapor Mail Online.

budak 7 tahun boleh angkat berat hingga 80kg, mungkin kanak-kanak paling kuat di dunia

Rory berkata: "Saya lebih suka gimnastik daripada angkat berat, kerana di gimnastik saya tidak perlu mengangkat apa-apa di atas kepala saya."

"Saya suka menjadi lebih kuat. Menjadi lebih kuat membolehkan saya berbuat lebih banyak dan menjadi lebih baik dalam semua yang saya cuba.

Ditanya bagaimana beliau mampu mengangkat berat sehingga 80kg, jawab Rory: "Saya tidak memikirkan apa yang terjadi sebelumnya, atau apa yang akan terjadi setelah itu. Saya tidak memikirkan apa-apa. Saya hanya membersihkan fikiran saya dan melakukannya."

Sumber: Daily Star

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us