Terlalu banyak khasiat yang ada pada buah lemon. Bukan sahaja untuk kecantikan dalam dan luaran tetapi buah lemon juga bagus untuk perkara lain. Selain bagus sebagai minuman detoks, air lemon juga bagus untuk kulit kita.

Jika korang jenis muka yang ada parut jerawat mungkin boleh cuba cuci muka menggunakan air lemon selama seminggu dan cuba lihat hasilnya.

Potong buah lemon dan perah airnya ke dalam bekas. Ambil kapas dan celup ke dalam air lemon tadi. Perah kapas dan sapu atau tekap pada kesan parut atau pada jerawat yang baru ada.

Kemudian ambil kapas yang baru dan sapu pada keseluruhan wajah. Biarkan ia meresap dan kering selama 20 ke 30 minit. Selepas itu, cuci wajah anda menggunakan air atau pencuci muka seperti biasa.
Cuba selama seminggu dan cuba lihat hasilnya ya ?
Sumber: Wanista
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.