
Sumber: Harian Metro
Kutu semua orang tahu dan semua orang pernah dengar. Sebab kutu selalunya ada kat kepala dan memang makanan kutu adalah darah. Tapi satu kejadian yang jarang kita dengar berlaku di Melbourne, Australi apabila seorang remaja lelaki berusia 16 tahun digigit kutu air hingga kakinya berdarah teruk dan meninggalkan puluhan lubang kecil pada kakinya.
Selepas Sam Kanizay bermain bola, dia merendam kakinya di dalam laut untuk melegakan diri. Bagaimanapun, dia merasa kakinya pedih dan menganggap ia disebabkan dia bersukan. Tapi Sam terkejut apabila mengangkat kakinya dan melihat kakinya berlumuran darah.
“Pada mulanya saya menyangka terpijak batu, tetapi tidak logik kerana keseluruhan tapak kaki saya sehingga buku lali berdarah.
“Doktor akhirnya mendapati puluhan lubang kecil pada kaki saya menyebabkan mereka mengagak saya digigit kutu air,” katanya.
Disebabkan kejadian itu, ayahnya Jarrod terus melakukan siasatan sendiri dan menangkap ratusan kutu air.
“Saya menangkap ratusan kutu yang diletakkan pada seketul daging yang hampir licin dimakan.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.