Gulspor, sebuah kelab bola sepak di Turki, dilaporkan telah menjual 18 orang pemainnya untuk membeli 10 ekor kambing demi membuat pelaburan.

Kenan Büyükleblebi , presiden kelab berkenaan berkata, keputusan untuk menjual pemain-pemainnya demi membeli kambing adalah disebabkan masalah kewangan kelab yang tidak stabil.

Gulspor mendapat kira-kira 15,000 Turkish Lira (kira-kira RM 9659) selepas menjual 18 pemain mereka dan cukup untuk membeli 10 ekor kambing. Mereka beranggapan dengan 10 ekor kambing itu, mereka mampu mendapat keuntungan sehingga RM 3000 setahun hasil jualan susu dan daging kambing tersebut.

Sumber: CNN Turkey
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.