Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meneliti terlebih dahulu cadangan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mahu syarat lesen memandu bagi pemilik berusia 16 hingga 20 tahun hanya dibenarkan menunggang motosikal kategori bawah 70cc menjelang 2025.

Perkara itu terlebih dahulu akan dibincangkan bersama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia dan Jabatan Kerja Raya, sebelum sebarang keputusan dibuat.
“Saranan itu dilakukan berikutan peningkatan kes kemalangan dan kadar kematian penunggang motosikal berkuasa besar melibatkan remaja berusia lingkungan 16 hingga 20 tahun,” kata Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim.
Dalam perkembangan lain, JPJ akan melancarkan sistem MyQ yang mana mampu mengurangkan kesesakan ketika berurusan di kaunter dan projek rintis akan dilaksana pada pertengahan bulan ini di cawangan JPJ terpilih.
Sumber: Bernama
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.