Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) membenarkan solat Jumaat dan solat sunat hari raya Aidilfitri dilaksanakan di masjid sepanjang tempoh pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Namun, kebenaran ini hanya dihadkan kepada 12 orang jemaah bagi satu-satu masjid.

Bilangan 12 jemaah itu juga adalah Imam satu, Imam dua, Bilal, Noja dan 8 orang AJK masjid atau surau yang dibenarkan melaksanakan solat Jumaat, bermula Jumaat minggu ini.
Jemaah juga perlu patuh kepada garis panduan yang disediakan JAINJ dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk penjarakan sosial dan juga menjalani pemeriksaan kesihatan.
"Pihak jawatankuasa di peringkat daerah akan memastikan ada pengawasan rapi, kita bimbang bila dibenarkan solat sunat Aidilfitri walaupun dihadkan 12 orang kita bimbang penduduk tempatan akan meluru ke masjid.
"Ini kita akan pastikan tidak berlaku. Jika berlaku juga, solat sunat (Aidilfitri) pada hari berkenaan tidak akan dilakukan di masjid berkenaan," kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi.

Tambah lagi, ahli qariah lain juga perlu menunaikan solat fardu Zohor di rumah masing-masing bagi menggantikan solat Jumaat.
JAINJ juga membenarkan majlis akad nikah dilaksanakan sepanjang PKPB mulai Ahad ini dengan hanya dilakukan di pejabat kadi daerah, serta hanya 6 orang sahaja dibenarkan berada sepanjang majlis akad nikah berlangsung.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.