Facebook merupakan salah satu laman sosial yang menjadi sumber kepada pelbagai info dan maklumat. Ia juga sebagai penghubung antara satu sama lain.
Disebabkan laman sosial ini mempunyai banyak data peribadi seseorang, ada pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menggodam akaun ini bagi kepentingan tertentu.
Menerusi Viral Media Johor, baru-baru ini ramai yang menjadi mangsa apabila menerima pautan seakan video di Direct Messenger (DM) pada aplikasi Facebook.

Pautan yang dihantar itu adalah secara automatik, dan tidak disedari oleh penghantar kepada kenalan-kenalan di aplikasi berkenaan.

Akibatnya, banyak akaun yang telah digodam selepas menekan pautan berkenaan.

Justeru, adalah dinasihatkan agar tidak menekan sembarangan pautan di mana-mana laman sosial, dan anda digalakkan untuk menukar password serta menggunakan “Two Factor Authentication” sebagai langkah keselamatan.

Sumber: Viral Media Johor
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.