Pengguna laman sosial khasnya Instagram telah mula berkongsi 9 foto terbaik mereka sepanjang tahun 2020, dimana ia menjadi satu trend setiap kali memasuki tahun baharu.

Walau bagaimanapun, pengguna berhati-hati apabila memuatnaik dan log masuk akaun pada aplikasi ‘Best Nine’ yang palsu, dan akhirnya mendedahkan akaun anda kepada penggodam.

Pengguna yang ingin menghasilkan Instagram Top 9 perlulah menggunakan aplikasi yang sah, sama ada dalam talian sebagai aplikasi web, atau dari Apple App Store, atau Google Play Store.
BetaLabs adalah pencipta perkhidmatan Top 9 sejak daripada tahun 2016, bagi memberikan pengguna Instagram sembilan gambar atau post terbaik mereka sepanjang tahun. Tahun-tahun sebelum ini, pengguna hanya perlu memasukkan nama Instagram, dan ia akan dihasilkan secara automatik secara atas talian.
Bagaimanapun, pencipta fungsi ini telah melakukan sedikit perubahan bagi menghasilkan Top 9 pengguna untuk tahun 2020 iaitu dengan memperkenalkan aplikasi CreatorKit.
BetaLabs dalam satu kenyataan berkata, salah satu sebab mereka mencipta CreatorKit adalah kerana terdapat banyak laman tiruan ‘Best Nine’ atau ‘Top Nine’ muncul setiap tahun, yang boleh mengancam akaun jutaan pengguna Instagram di dunia.
"Kami menerima mesej dari orang ramai yang mengatakan bahawa setelah mereka menggunakan aplikasi kami, nama pengguna akaun Instagram mereka telah dihack, dihapuskan, atau diubah.
“Sebenarnya, ramai pengguna ini tidak sedar mereka telah menggunakan laman palsu yang menganggapnya sebagai Top Nine yang asal. Itulah salah satu sebab mengapa kami memilih untuk menghasilkannya di bawah platform CreatorKit, di CreatorKit.com/TopNine.", ujar BetaLabs.
Jika anda mempunyai akaun Instagram yang disetkan Public, anda hanya perlu memasukkan username pada aplikasi berkenaan. Namun, jika akaun anda disetkan kepada private, anda perlu logmasuk bagi menghasilkan Top Nine anda sendiri.
Sumber: Express.co
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.