Semalam dunia dikejutkan dengan kes jangkitan COVID-19 keatas seekor Harimau Malaya di sebuah zoo di New York.

Ekoran itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham menasihatkan orang ramai untuk mencuci tangan sebelum dan selepas menguruskan haiwan peliharaan masing-masing.
“Saya faham ramai bertanya mengenai jangkitan Covid-19 terhadap haiwan dan haiwan peliharaan.
“Bagi pencinta haiwan, ia (haiwan peliharaan) adalah sebahagian daripada keluarga mereka.
“Jika kita tidak dapat menjarakkan diri dengan haiwan peliharaan, penting untuk menjaga kebersihan sepanjang masa termasuk apabila mempunyai kontak dengannya (haiwan peliharaan),” katanya.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut memaklumkan akan bekerjasama rapat dengan Jabatan Veterinar untuk mendapat nasihat lanjut berhubung perkara itu.
Sumber: Ketua Pengarah Kesihatan
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.