Seorang lelaki yang juga suami terpaksa menerima hakikat bahawa isterinya merajuk lebih setahun gara-gara dia memuji wanita lain ketika mereka sedang makan malam, tahun lalu.

Lelaki itu menerusi laman Reddit menceritakan bagaimana kejadian berlaku ketika dia dan isteri sedang menikmati makan malam sempena hari lahir isterinya tahun lalu di sebuah restoran.
“Saya cuma berasa kagum melihat kepala botak pelayan wanita tersebut lalu bertanya secara bersahaja, adakah dia sengaja memilih fesyen botak.
“Dia menjawab ya. Saya beritahu dia ialah seorang yang berani dan tetap kelihatan cantik walaupun botak, itu sahaja,” tulisnya.
Isterinya yang mendengar pujian itu bagaimanapun hanya diam sehingga pulang ke rumah.
Daripada hari tersebut, isterinya itu enggan bercakap dengannya dan mereka akan bertengkar mengenai perkara itu, meskipun ia sudah berlaku setahun yang lalu.
“Dia akan mengeluarkan kata-kata seperti jadi adakah saya patut cukur rambut (saya) kerana awak lebih suka fesyen botak.
“Saya sedar perbuatan (saya) mungkin kurang sesuai terutama pada makan malam sempena hari lahir isteri tetapi saya tidak berniat apa-apa,” katanya lagi.
Meskipun lelaki itu sudah berkali-kali memohon maaf, namun ia tetap tidak meredakan kemarahan isterinya.
“Saya rancang untuk minta maaf dengan cara lebih formal supaya isteri percaya bahawa saya tidak pernah atau cuba memikat mana-mana wanita dengan fesyen rambut botak,” katanya.
Sumber: Kosmo!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.