Ramai orang masa kini sering menunjukkan kemewahan mereka khasnya di media sosial, tanpa menyedari bahawa tindakan itu boleh mengundang padah.
Itu yang terjadi kepada seorang instafamous dari Nigeria, Ray Hushpuppi atau nama sebenarnya Ramon Olorunwa Abbas, selepas sering menayang-nayangkan asetnya di media sosial akhirnya memakan diri.
Ray Hushpuppi sebelum ini sering memuatnaik foto menunjukkan aset kemewahannya, sehingga menarik minat Biro Siasatan Persekutuan (FBI) untuk lebih mengenali siapa dirinya.
Selepas 4 bulan FBI memantau secara senyap pergerakkan lelaki ini, akhirnya mereka berjaya membongkar sindiket dan identiti sebenar Ray Hushpuppi.
Beliau merupakan salah seorang daripada 12 dalang online scammer yang memberi fokus kepada negara United Kingdom.
Modus operandi mereka adalah dengan menghantar email palsu kepada beberapa pasukan serta bintang bola sepak Liga Perdana Inggeris,
Mereka akan memasuki data peribadi pasukan dan pemain lalu memindahkan sejumlah wang ke akaun palsu yang dimiliki mereka di serata dunia.
Dengan wang haram berjumlah ratusan juta dollar itu, Abbas dan rakannya yang lain boleh hidup mewah, namun akhirnya berjaya dilumpuhkan oleh pasukan Polis FBI menerusi operasi yang dikenali sebagai “Operation Fox Hunt 2”
Ray Hushpuppi juga dilaporkan pernah menetap seketika di Malaysia sebelum ini.
Sumber: Buzz Kini
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.