Seakan mengerti yang manusia boleh membantu, seekor ibu kucing dilihat membawa anaknya yang sakit ke hospital di Istanbul, Turki.

Kejadian yang dirakamkan itu menunjukkan ibu kucing berkenaan membawa anaknya yang dilaporkan dalam keadaan lemah, masuk ke bilik kecemasan.

Doktor yang berada disitu segera memeriksa anak kucing terbabit, sambil diperhatikan oleh ibu kucing terbabit. Malah, ketika doktor dan jururawat sedang berbincang, ibu kucing itu dilihat berada disitu juga; mungkin sedang 'mendengar' dan berharap agar anaknya kembali pulih.

Dikatakan juga ibu dan anak kucing berkenaan diberikan susu dan makanan sebelum dibawa ke klinik haiwan bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.
Sumber : Merve Ozcan
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.