Satu infografik yang menyebut Covid-19 Hour telah menjadi tular di beberapa laman sosial, menyatalan larangan keluar rumah dan berada ditempat awam seperti pasar raya dan restoran, telah mencetuskan rasa panik dalam kalangan masyarakat.
Walaubagaimana pun, menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, penyebaran infografik mengenai 'lockdown' atau perintah berkurung ini adalah palsu.

"Tiada sebarang perintah 'lockdown' buat masa ini. Mohon hentikan penyebaran khabar palsu seperti ini," katanya.
Menjengah ke laman Twitter, tandapagar #LockDownMalaysia telah menjadi trending sejak awal pagi tadi, dengan rata-rata warganet berdoa agar diselamatkan daripada terkena jangkitan dan keadaan kembali pulih.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.