
Harga kit ujian pantas (RTK) antigen COVID-19 yang menggunakan sampel air liur kini boleh dibeli di pasaran serendah RM4.90 tanpa menjejaskan kualiti alat tersebut, menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Sebelum ini, setiap kit ujian antigen pantas itu dijual antara RM6.60 dan RM6.90 bergantung kepada jenama.
Beliau memberitahu, melihat pada penularan COVID-19 yang masih tinggi dalam negara, peranti itu kini menjadi sebahagian daripada keperluan setiap isi rumah.
Mengulas lanjut, Alexander memaklumkan, setakat ini, KPDNHEP memberikan kebenaran kepada 7,302 premis di seluruh negara untuk menjual kit ujian kendiri ini yang telah diberikan kebenaran KKM dan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).
Beliau dalam masa sama memuji inisiatif kedai serbaneka 99 Speedmart yang sudah mula menjual peranti tersebut dengan harga serendah RM4.90 seunit.
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.