Wanita cantik bernama Pn.Norfarrah Syahirah Binti Shaari merupakan Ikon Inspirasi Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang bertugas sebagai salah seorang staf di Kolek Komuniti Teluk Intan, Perak.

Beliau yang tidak mempunyai kedua-dua tangan mencetus inspirasi buat semua orang. Melalui satu perkongsian video yang dimuat naik dalam laman Jengka Today, Pn. Norfarrah menunjukkan cara belia memakai tudung hanya dengan menggunakan kaki.

Perkongsian mengenai kehidupan Puan Syahirah ini adalah sebagai salah satu motivasi yang diberikan kepada para pelajar supaya mereka tidak putus asa dalam menjalani kehidupan akan datang.
Sumber : BorakDaily, Jengka Today
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.