Sebuah video pelajar sekolah menengah di China menjadi tular di laman sosial apabila mereka ditangkap bermain telefon bimbit ketika berada didalam kelas.
Bukan soal ditangkap, tetapi hukuman yang dikenakan kepada pelajar-pelajar ini menarik perhatian orang ramai.


Pelajar berkenaan dikehendaki menghempaskan telefon bimbit masing-masing ke lantai dihadapan pelajar lain.
Menurut The Paper, Xiong, guru yang ketika itu sedang mengajar kelas berkenaan, mendapati kedua-dua pelajar itu sedang leka bermain dengan telefon bimbit masing-masing, menyebabkan dia mengambil tindakan sedemikian bagi mengelakkan ia berulang kembali.
Sumber: The Paper
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.