Puncak tertinggi di dunia akhirnya mendapat bacaan baharu setelah sekian lama menantikan bacaan sebenarnya.

Ia ekoran China dan Nepal yang akhirnya bersepakat dengan ketepatan bacaan sebenar Everest yang baharu pada bacaan 8,848.86 meter.
Bacaan terbaru ini lebih 86 sentimeter tinggi berbanding ukuran yang dinyatakan Nepal, dan empat meter lebih dari yang dinyatakan China.
Perbezaan ketinggian itu berlaku kerana China mengukur ketinggian Everest hanya sampai dasar batu di puncak dan ia tidak termasuk salji dan ais yang meliputi bahagian atas gunung.
Menurut sumber, pergerakan plat tektonik termasuk gempa besar yang pernah berlaku pada tahun 2015 mungkin mempengaruhi ketinggian Gunung Everest buat masa ini.
Sumber: India Express
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.