Mata sembap adalah keadaan bila mana bengkak kecil pada bahagian bawah mata mulai kelihatan. Ia biasa terjadi selepas anda bangun tidur setiap pagi.
Ia terjadi kerana otot-otot yang memberi sokongan pada kelopak mata menjadi semakin lemah, dimana lemak yang membantu menyokong mata akan beralih ke bahagian kelopak mata bawah, menyebabkan ia kelihatan bengkak.
Bagi mengatasi masalah ini, seorang model dari Korea, Irene Kim, telah berkongsi teknik mudah merawat mata sembap, iaitu dengan hanya menggunakan sudu.

Sudu besi terlebih dahulu disejukkan dalam peti sejuk untuk beberapa minit, sebelum ia dituam dan digosok pada bahagian mata. Cara ini dikatakan sangat membantu peredaran darah dan saluran limfa untuk berfungsi.

Selain ia mampu meredakan sembap, sudu sejuk juga dikatakan boleh mengurangkan kegatalan di kawasan mata, kesan daripada tabiat menggosok mata yang menyebabkan ia menjadi lebih bengkak.
So lepas ni boleh lah try teknik sudu sejuk ni kan?
Sumber: Allure
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.