Siapa yang tidak mahu kelihatan cantik. Tidak kiralah anda lelaki atau pun perempuan, perasaan dipandang cantik itu secara tidak langsung menaikkan keyakinan diri. Kecantikan sebenar bukan terletak kepada gaya solekan dan penampilan semata-mata, tetapi kecantikan asli lahirnya daripada aura-aura positif yang disalurkan ke dalam tubuh.
Jangan tidak percaya bunga juga boleh menjadi sumber aura positif yang mampu mengubah diri anda. Tak percaya? Kami kongsikan 5 tip yang boleh digunakan untuk menyerlahkan kecantikan dalaman dan luaran anda.
#1 Mandi Bunga

Kredit: Shutterstock
Mandi bunga selalu dikaitkan untuk menolak bala menurut kepercayaan lama, hakikatnya gabungan bunga-bunga yang digunakan ketika mandi bunga boleh menstabilkan ketidakharmonian dalaman manusia. Bunga merupakan penyerap tenaga terbaik. Rawatan mandi bunga jika diamalkan mampu mengurangkan kelesuan badan dan menghilangkan bau badan. Badan akan terasa segar dan wangi.
#2 Aromaterapi

Kredit: Shutterstock
Bunga lavender, jasmine dan mawar antara yang sering digunakan sebagai aromaterapi yang menenangkan. Oleskan minyak daripada bunga-bungan ini di tangan atau biarkan bauan ini semerbak di bilik untuk merehatkan tubuh setelah seharian bekerja.
#3 Masker

Kredit: Shutterstock
Selain biji beras dan telur, air rendaman bunga ros boleh dicampurkan ke dalam masker untuk merawat kulit muka, badan dan kaki yang kering.
#4 Pelebat Rambut
Selain mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit, masalah jeragat dan mengecilkan liang pori, bunga raya juga membantu melebat, menghitam, merawat masalah rambut dan menyejukkan kulit kepala. Hanya ramas daun bersama air dan sapukan lendir dari kelopak bunga itu di kulit kepala dan biarkan seketika.
#5 Rambut Hitam Berkilau
Inilah rahsia Tok Nenek dahulu mempunyai rambut tebal dan hitam sehingga akhir usia. Hanya masak bunga kenangan sehingga menjadi minyak. Amalkan menyapu minyak ini di atas kepala setiap hari.
Tetapi jika anda inginkan tip untuk tampil cantik tanpa perlu bersusah payah, hanya gunakan Gel Mandian Aura 7 Bunga yang menghimpunkan 7 jenis bunga-bungaan seperti orkid, bunga raya, bunga matahari, kenanga, melati, lavender dan bunga mawar untuk memelihara kehalusan dan keremajaan kulit, dan memberikan keharuman serta kesegaran berpanjangan buat tubuh badan anda. Pada masa sama mampu membangkitkan aura positif diri anda!

Gel Mandian Aura 7 Bunga sesuai untuk lelaki dan wanita. Set penjagaan wajah Aura 7 Bunga Skin Series mengandungi cleanser dan day and night cream yang membantu melembapkan kulit, mengurangkan cela/jerawat/jeragat, mencerah kulit, menaikkan aura seri wajah. Dapatkan di semua kedai jamu berhampiran.
Kulit wajah cantik menawan dengan aura bunga-bungaan. "Aura 7 Bunga, Pilihan Hati Dinda.” Produk D’Herbs, Terlajak Larisss… Huhh!! #dherbs #terlajaklaris #skincare #aura7bunga
Maklumat lanjut, klik sini dan layari Facebook mereka.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.