Dari segi bahasa puasa bermaksud menahan diri daripada melakukan sesuatu. Dari segi syarak pula puasa bermaksud menahan diri pada waktu siang daripada melakukan perkara-perkara tertentu dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

Tahun lepas, paling singkat tempoh waktu berpuasa adalah selama 11 jam, manakala paling lama adalah 20 jam, bergantung kepada lokasi berbeza seluruh dunia. Nampaknya tahun ini tidak banyak bezanya tempoh waktu seperti tahun lalu.
Menurut laman @AJLabs, negara Greenland, Norway dan Finland masing-masing mencatatkan secara purata 20 jam tempoh masa untuk berpuasa kerana waktu siangnya lebih lama.

Malaysia pula mencatatkan purata 13.5 jam berpuasa iaitu dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
New Zealand, Argentina, Afrika Selatan, Australia dan Chile masing-masing mencatatkan masa paling singkat untuk berpuasa iaitu 11.5 jam secara purata dalam sehari kerana negara dikawasan ini akan mengalami waktu siang yang lebih singkat berbanding waktu malam.
Sumber: Al Jazeera News
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.