Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

Kak Cik Yah Pempengaruh

Menangi Pakej Percutian Ke Jepun Dan Lihat Sendiri Keindahan Serta Keunikan 7 Lokasi Tumpuan Pelancong Ini

Walaupun pesat membangun, Jepun masih mengekalkan budaya, adat resam dan lokasi indah untuk dikunjungi.
Editor
19 Jun 2017, 02:05 PM

Perumpamaan kecil-kecil cili api sangat sesuai dengan Jepun. Sebuah negara kecil Asia yang mengungguli bidang teknologi dan robotik. Jepun cukup dikenali dunia sebagai sebuah negara maju yang mengangkat tinggi budaya dan bahasa ibunda mereka. Setiap pelosok negara kecil ini memanggil pelancong untuk datang berkali-kali. Anda yang bakal menjejakkan kaki ke Negara Matahari Terbit ini, rugilah jika tidak singgah di 7 lokasi ini.  

#1 Hutan Buluh Arashiyama

Kredit: Shutterstock

Kyoto, sesuai buat mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke Jepun. Pernah menjadi ibu negeri serta lokasi bersemayam Maharaja Jepun. Banyak tinggalan tempat-tempat bersejarah di sini. Salah satu lokasi cantik mesti pergi tentunya hutan buluh Arashiyama, yang menempatkan deretan kuil tetapi pada masa sama menjadi lokasi tumpuan pelancong kerana keindahan deretan pohonan buluh. Bukan seratus dua tetapi beribu atau mungkin berjuta pohonan buluh di sini.

#2 Gunung Fuji

Kredit: Shutterstock

Gunung tertinggi di Jepun, gunung berapi aktif yang terletak di Kepulauan Honshu ini dikelilingi 5 tasik iaitu Kawaguchi, Yamanaka, Sai, Motosu dan Shoji. Gunung ini diselaputi salji sepanjang tahun, dan hanya dibuka untuk aktiviti mendaki pada musim panas antara Julai dan Ogos. Anda juga boleh bermain luncur salji di Fujiten Snow Resort yang terletak tidak jauh dari Stesen Kawaguchiko pada musim sejuk antara Disember hingga April.

#3 Asakusa

Kredit: Shutterstock

Selain famous dengan kuil Sensoji, terdapat sebatang jalan dinamakan Nakamise Shopping Street yang menjual pelbagai makanan tradisional, makanan tempatan Jepun dan pelbagai cenderamata. Lokasi ini cukup terkenal di kalangan pelancong dan orang tempatan.

#4 Fushimi Inari

Kredit: Shutterstock

Sebuah tokong yang dibina di atas bukit, terkenal dengan 10,000 tori gate yang tersusun cantik berdekatan satu sama lain mengikut saiz. Ada yang tinggi dan ada yang rendah. Tori gate ini menganjur ke hutan di Gunung Inari. Tempat ni memang sentiasa penuh dengan pelancong yang ingin melihat sendiri keindahan tori gate.

#5 Dotonbori

Kredit: Shutterstock

Pusat hiburan, beli-belah dan kulinari Osaka yang menempatkan pelbagai restoran dan butik mewah. Di sinilah antara lokasi anak muda Jepun menggayakan pakaian unik. Kehidupan malam di sini cukup happening dengan hiasan papan-papan iklan neon merentasi terusan Dotonbori.

#6 Tokyo Disneyland dan Disneysea

Lokasi yang cukup sesuai buat peminat rancangan kartun Disney merasai taman tema Disneyland pertama yang dibina di luar Amerika. Tokyo Disneyland mempunyai 7 tema iaitu Tomorrowland, World Bazaar, Toon Town, Critter Country, Fantasyland, Westernland dan Adventureland dengan permainan berbeza. Singgah juga di Tokyo Disneysea, taman tema fantasi bertemakan dasar lautan dan watak-watak pentingnya seperti Finding Nemo dan Dory.  

#7 Nara Park

Sebuah taman awam yang terletak di bandar Nara, di kaki Gunung Wakakusa. Taman ini telah mula dibuka pada tahun 1300 menjadikan taman ini antara yang tertua di Jepun. Lokasi Nara National Museum ini turut menempatkan kira-kira 1,200 ekor rusa Sika, rusa bertompok yang juga dikenali sebagai rusa Jepun.

Jika anda belum pernah menjejakkan kaki ke Jepun, inilah masanya untuk rebut peluang memenangi pakej perjalanan ke Jepun untuk 2 orang!

Setiap pelanggan yang membeli barangan Go Shop bernilai RM130 dan ke atas dalam 1 resit dari mana-mana platform Go Shop antara 27 Mei hingga 24 Jun layak menyertai peraduan Facebook GIF (@ShopatGoShop) ini. Anda hanya perlu cari dan teka bilangan ketupat di dalam video yang diberi, dan mesej nombor pesanan belian di Facebook Go Shop. Langkah terakhir, komen di post GIF tadi dengan jawapan yang betul.

Jangan lupa lengkapkan slogan untuk peluang memenangi hadiah menarik berupa pakej percutian ke Jepun untuk 2 orang bernilai RM25,000. 10 pemenang saguhati turut membawa pulang eGiftCard Go Shop bernilai RM500.  

Buat pelanggan baru, 3x mata ganjaran Go Shop Club turut menanti anda!

Go Shop turut menawarkan eShop Marathon yang memberikan diskaun segera 10% kepada barangan terpilih Go Shop. Para pelanggan yang ingin mendapatkan diskaun ini hanya perlu menggunakan kod promosi eshop10 untuk pembelian minima RM199 secara online atau aplikasi mobile mulai sekarang hingga 22 Jun 2017.

Apa tunggu lagi, jom bergaya sakan lebaran ini dengan barangan Go Shop. Bukan sahaja set kelengkapan diri, Go Shop turut menawarkan pelbagai barangan kelengkapan rumah dengan tawaran harga menarik.

Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada Go Shop. Demi Sayang Beli Barang.

*Tertakluk pada terma dan syarat.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us