
Sumber abangterlajaklaris
Gigi berlubang?? Memang sakit oi.. kalau tak tampal , nak makan pun seksa tau ! Kebiasaannya, rasa sakit ni muncul disebabkan lubang pada gigi kita dah jadi terlalu dalam hingga menyentuh saraf gigi. Disebabkan itu timbulnya rasa sakit dan perit pada gigi.
Jadi, untuk pengetahuan anda semua, 3 sebab ni antara punya kenapa gigi kita berlubang:
Berus gigi yang salah :
Tahukah anda, berus gigi sebenarnya perlu dilakukan selama 1-2 minit. Tapi ramai yang tak gosok gigi selama tempoh minit yang betul. Cara berus gigi yang betul pula sebenarnya bermula dari atas ke bawah tau. Itu cara yang betul dan bukannya dari kiri ke kanan atau sebaliknya.
Penggunaan berus gigi salah?
Ya, ramai dikalangan kita mengamalkan penggunaan berus gigi yang kutang tepat.. Disebabkan pemilihan berus gigi yang salah menyebabkan gigi kita berlubang. Tersalah pemilihan berus gigi, maka gigi korang tidak dapat dibersihkan dengan sempurna dimana sisa-sisa makanan akan mula melekat dicelahan gigi..
Pemiihan yang betul?
Bulu berus gigi tidak boleh terlalu kasar dank orang perlu pilih berus gigi yang kepalanya mencegil dan juga lembut..
Gula dan Bakteria
Tahukah anda gigi berlubang terjadi akibat dari gula dan juga bakteria? Ya, bakteria yang akan mengubah gula dari sisa makanan menjadi asid. Selain itu, ia juga akan membuatkan kawasan mulut korang menjadi asid.
Asid ini yang akan membuatkan gigi korang jadi berlubang.. malah lubang akan jadi lagi besar setelah dimasuki sisa makanan. Fuh ini yang buat gigi korang sakit sampai menangkap kepala ni!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.