Adakah bunyi ‘slurpppp’ atau bunyi seseorang sedang mengunyah makanan membuatkan anda rasa menyampah atau annoying?
Jika ya, anda mungkin menghidap misophonia, atau sindrom sensitif kepada bunyi tertentu.

Misophonia terjadi pada mereka yang sensitif pada bunyi kecil yang dihasilkan seperti daripada mulut iaitu ketika makan, bernafas, mengunyah, bersiul atau menguap.

Bunyi yang dihasilkan itu membuatkan seseorang yang menghidap misophonia merasakan tidak tenang, panik, takut dan gemuruh. Disebabkan itu, kebanyakkan daripada mereka tidak suka makan atau berada dalam khalayak ramai.
Menurut kajian daripada Universiti Northwestern, mereka yang menghidap misophonia mempunyai kelebihan kreativiti dan lebih bijak daripada orang lain.

Hanya 20% daripada penduduk di dunia menghidap penyakit ini.
Sumber: Web MD
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.