Funfair adalah tempat berkumpulnya ahli keluarga bagi berhibur sambil bermain pelbagai jenis permainan yang disediakan.

Antara jenis permainan adalah seperti lempar gelang, tangkap itik dalam kolam, baling bola kearah tin, dan banyak lagi yang menjanjikan pelbagai hadiah menarik seperti anak patung dan lain-lain.

Mark Rober, seorang bekas jurutera NASA, menerangkan beberapa permainan di funfair yang mungkin kita boleh menang, dan permainan yang sangat mustahil untuk menang.


Misalnya, permainan bola keranjang di funfair yang ditinggikan jaringnya lebih biasa daripada ketinggian sebenar, iaitu 11 kaki, menyebabkan ia lebih sukar dimain, walaupun daripada pemain bola keranjang professional.

Permainan lain yang mungkin mustahil adalah baling gelang dalam botol kerana saiz gelang yang kecil dan berat menyebabkan momentum gelang menjadi tinggi, seterusnya menjadikan gelang sukar untuk masuk ke dalam botol.

Sumber: Youtube
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.