Robert Smits mungkin antara orang yang bertuah kerana berpeluang mendekati haiwan pemangsa dalam air yang paling digeruni, iaitu buaya.

Tambah menarik, Robert, 34, berpeluang melihat buaya tersebut seakan-akan tersenyum kearah nya ketika berada dalam sebuah paya di Jardines de la Reina, Cuba.


Dipetik dari laman Story Trender, beliau pada mulanya mengakui agak gementar untuk berada dalam kolam bersama dengan buaya tersebut, namun teruja kerana buaya tersebut dilihat memberi ‘kerjasama’ untuk bergambar.

Tambah beliau lagi, seandainya buaya tersebut bertindak ganas dan menyerangnya, beliau akan kekal berada dalam air dan tidak mahu sesiapa membunuh buaya tersebut kerana ia adalah habitat mereka.
Sumber: Story Trender
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.