Berkenalan dengan seorang jejaka dari Korea yang kacak melalui satu janji temu, rata-rata penonton 'cair' menonton perbualan pelajar Universiti Kyung Hee bernama Syasya ini bersama oppa, Yoo Dongkyun.

Video yang dimuatnaik oleh laman Youtube Blimey bukan sahaja membuatkan ramai mahu mencari teman lelaki disana, malah gadis berusia 22 tahun ini turut menceritakan berkenaan budaya di Malaysia serta keindahan agama Islam.
Jejaka Korea itu nyata tertarik dengan penampilan bertudung oleh Syasya, sambil menganggap ia adalah sesuatu yang baru buatnya di Korea.

Rata-rata warganet yang turut menonton video berkenaan meluahkan keinginan untuk bertemu dengan jejaka Korea seperti itu.
Sumber: Twittter / Youtube
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.