Seorang mekanik di sebuah bengkel di New South Wales, Australia, terkejut apabila menjumpai punca kenapa enjin kenderaan pelanggannya sering mengeluarkan asap pelik, adalah disebabkan sarang tikus gergasi.

Andrew Leimroth, 49, pada mulanya pelik apabila kenderaan pacuan empat roda yang dibaikinya sering mengeluarkan asap pelik walaupun sudah dibaiki.
Selepas diperiksa dan dikeluarkan bahagian enjin kenderaan tersebut, Andrew terkejut apabila menjumpai sarang tikus pada bahagian dalam enjin kenderaan itu.


Ini bukan pertama kali beliau mendapat kes sedemikian. Andrew yang sudah berkerja sebagai mekanik selama 18 tahun pernah menjumpai anak anjing yang masih hidup dalam enjin kenderaan pelanggannya.
Sumber: MSN News
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.