Sebanyak empat mangsa cedera dalam kemalangan yang membabitkan 13 kenderaan termasuk sebuah treler di Kilometer 21 Lebuhraya BKE menghala ke Baling hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim, Penolong Penguasa Bomba Hamizul Azwan Hamdan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kemalangan terbabit sekitar jam 7.37 pagi tadi.
Ujar beliau, sepasukan anggota dari BBP Kulim yang diketuai Zaidi Yaacob bergegas ke lokasi kejadian bersama sembilan anggota.
"Setibanya di lokasi, didapati berlaku kemalangan membabitkan 13 kenderaan dan empat mangsa termasuk seorang wanita berjaya diselamatkan oleh orang awam sebelum bomba tiba.
"Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, anggota bertugas bergegas membersihkan jalan berkenaan bagi mengelakkan apa-apa kejadian lain yang tidak dingini berlaku sekali lagi di kawasan terbabit.
Sumber Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.