
Sumber: Female & Astro Awani
Durian adalah raja segala buah. Hanya ada dua jenis orang je bila berkaitan dengan durian, yang jenis tergilakan buah durian atau pun jenis yang tak boleh langsung. Ada yang kata bau durian busuk sampai nak muntah, ada yang bau durian pun dah boleh happy kan diri.
Sebenarnya mana datangnya bau durian yang terlalu kuat sampai hotel dan pengangkutan awam tak bagi bawa buah durian ni.
Pakar Sains di Singapura nampaknya dah jumpa asal usul bau durian dan pecahkan kod genetik buah tersebut. Prof Bin Tean Teh, Timbalan Pengarah Kajian di Pusat Kanser Kebangsaan Singapura (NCCS) dan pasukan penyelidik telah menemukan 46,000 genetik pada buah durian.
"Malah, kajian juga mendapati asal usul durian adalah daripada pokok koko dan (berkemungkinan) dijadikan coklat," seperti dipetik News Straits Times.
Antara lain adalah empat genetik serupa iaitu Methionine Gamma Lyases (MGL) pada durian, koko dan kapas. MGL tu lah pendorong bau kuat yang ada pada buah durian.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.