Ramai dah tau tentang konsert pertama diva maya Jepun Hatsune Miku di Malaysia yang bakal berlangsung Disember ini. Selain para peminat, selebriti terkenal Malaysia Zizan Razak tentunya lebih teruja untuk beraksi bersama Miku dalam persembahan pembukaan konsert Hatsune Miku Expo 2017.

Zizan Razak yang terkenal dengan lagu Infiniti Cinta, Chentaku dan Kaki Licik akan menyanyikan lagu Chentaku duet bersama Miku pada konsert ini. Bayangkan proses perbincangan, latihan dan rehersal antara Zizan dan Miku, tentunya menarik dan memberi pengalaman baru untuk Zizan dan peminat kedua-dua bintang ini.
Bayangkan lagu ini dinyanyikan bersama Miku
Menurut Zizan dia tidak mungkin akan menolak peluang persembahan luar biasa seperti ini. Miku bukan sahaja persona virtual yang menjadi fenomena tetapi ikon global yang mempunyai peminat seantero dunia. Peluang bergandingan bersama Miku satu platform terbaik untuk memperkenalkan dirinya kepada jutaan peminat Miku.
Selain Zizan, sensasi YouTube Thailand, Chaleeda Gilbert turut beraksi pada persembahan pembukaan ini dengan dua buah lagu iaitu Ready for Love bersama rapper Thailand, Dandee dan lagu Mind Over Matter yang dihasilkan oleh SonaOne.

Kredit: Instagram @ chaleedaxgilbert
Hatsune Miku Expo 2017 akan diadakan di Arena Axiata Bukit Jalil pada 16 Disember 2017 pada jam 8 malam. Harga tiket adalah RM169, RM269, RM339 dan RM439 (tidak termasuk fee tiket dan GST). Tiket-tiket boleh dibeli mulai jam 10 pagi 8 Oktober di www.myticket.asia. Layari mikuexpo.com dan fb.com/mikuexpo2017 untuk maklumat lanjut.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.