Buat mereka yang memakai contact lens, kemungkinan untuk hilang itu memang ada. Susah sebenarnya nak jaga contact lens ni!
Disebabkan itu, seorang wanita berusia 67 tahun menganggap selama ini contact lens beliau telah hilang, tetapi sebenarnya ia berada dibelakang matanya.
Wanita terbabit pada mulanya ingin menjalani pembedahan katarak oleh doktor yang merawat beliau dan terkejut apabila mereka menemui 27 contact lens dibahagian matanya.

Menurut pesakit tersebut, dia sudah memakai contact lens hampir 35 tahun dan tidak merasa sakit atau tidak selesa pada matanya. Namun selepas kesemua 27 contact lens dibuang, beliau merasa lebih selesa dan penglihatannya juga lebih jelas.
Selama ini beliau menganggap contact lens beliau itu telah hilang dan tercicir.
Sumber: CNN

Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.