Doktor di sebuah hospital di Brazil bingung selepas seorang remaja perempuan berusia 15 tahun menangis air mata darah untuk tempoh lebih satu minggu.

Memetik laporan Oddity Central, remaja itu mengadu sakit sebelum ibunya menghantar anak gadis itu ke hospital.
"Dia (Doris) mengadu sakit di bahagian perutnya dan doktor mendiagnosis ia sebagai batu karang. Doktor memberikannya ubat sebelum dia dibenarkan pulang.
"Namun keesokannya, Doris terpaksa dikejarkan ke bilik kecemasan hospital sebab matanya mengeluarkan darah.
"Doktor memeriksa Doris tetapi tidak dapat menentukan punca air matanya berdarah. Oleh kerana dia tidak mengadu sakit atau tidak selesa, dia dibenarkan pulang," kata ibu gadis itu.
Meskipun doktor sudah menjalankan banyak ujian, namun doktor masih tidak menemui punca kejadian, membuatkan keluarga Doris merasa bimbang.
Doris menyatakan air matanya mula berdarah sejak 13 September lalu dan ia berterusan hingga kini, lagi-lagi pada waktu siang.

Bagaimanapun, menurut seorang pakar mata, kehadiran darah dalam air mata ini disebut sebagai haemolacria.
Penyakit yang jarang berlaku ini katanya boleh dirawat dengan antibiotik dan ubat hormon.
Sumber: Oddity Central
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.