
Dua orang pelajar Malaysia di China telah berjaya meraih gelaran juara untuk Pertandingan Debat Bahasa Mandarin Pelajar Antarabangsa di China. Mereka yang mewkili Universiti Pengajian Antarabangsa Beijing (BFSU) turut mewakili daerah Hebei.
Nur Afifah Elias dan Arina Safwah telah menunjukkan aksi debat yang hebat dan telah mengalahkan pelajar antarabangsa yang lain. Antara pelajar lain yang menyertai debat tersebut ialah pelajar dari Sweden, Jepun dan Australia.
Tajuk debat peringkat akhir adalah Penularan di Media Sosial: Barah atau Penawar membuka ruang kepada dua pelajar itu untuk mempamerkan aksi mereka. Mereka juga telah mengharungi pertandingan debat ini sebanyak lima pusingan dalam tempoh tiga bulan.
Powerrr!
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.