Penularan pandemik COVID-19 bukan sahaja menyebabkan ramai yang dijangkiti wabak berkenaan, malah bilangan manusia perak di Indonesia juga semakin bertambah.

Manusia perak yang juga merupakan penghibur di jalanan di ibukota Jakarta, dipercayai semakin bertambah ekoran daripada krisis kewangan yang semakin meruncing dek kerana wabak COVID-19 ketika ini.
Mereka akan mengecat tubuh dengan warna perak, sambil duduk di atas pelantar dan mengutip derma.

The Jakarta Post melaporkan pertambahan jumlah manusia perak itu tidak pernah berlaku sebelum ini dan ia disebabkan mereka dihimpit masalah kewangan.
Kebanyakkan manusia perak ini adalah terdiri daripada golongan remaja, sama ada anak yatim mahupun gelandangan.

Lambakan manusia perak ini juga mendorong Agensi Ketenteraman Awam Jakarta Utara mengadakan operasi bagi mensasarkan golongan ini.

Sumber: The Jakarta Post
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.