Selepas kucing dan harimau yang dilaporkan positif COVID-19 dibeberapa negara di Eropah, kini cerpelai juga disahkan dijangkiti wabak berkenaan di Belanda.

Cerpelai yang positif COVID-19 itu telah menjangkiti dua individu di Belanda dan berkemungkinan menjadi kes pertama penyebaran dari haiwan di negara berkenaan.
Pihak berkuasa kesihatan di Belanda juga memaklumkan bahawa cerpelai yang membawa virus itu ditemui di empat daripada 155 ladang pembiakan haiwan di Belanda.

Laporan juga menunjukkan sumber jangkitan di tiga daripada empat ladang itu adalah berpunca daripada manusia yang terlebih dahulu didiagnos positif virus COVID-19.
Sementara itu, Pengarah Institut untuk Kesihatan (RIVM), Jaap van Dissel mendakwa penyebaran daripada cerpelai kepada manusia secara praktikalnya adalah unik memandangkan beberapa kucing dan haiwan lain dijangkiti daripada manusia.
Negara itu juga akan mula memeriksa kesemua ladang cerpelai selepas seorang individu dipercayai dijangkiti COVID-19 daripada haiwan tersebut.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.