Semalam, kerajaan telah mengumumkan beberapa sektor yang dibenarkan operasi bagi PKP fasa ketiga yang akan bermula 15 April hingga 28 April 2020.
Antara yang paling mencuri perhatian ramai adalah perkhidmatan guntung rambut asas dan juga perkhidmatan kesihatan sosial termasuk perubatan tradisional.

Ramai yang mula menyatakan rasa bimbang dengan kedua-dua perkhidmatan ini kerana dua sektor ini memerlukan pelanggan berdiri rapat dengan tukang gunting rambut atau tukang urut tradisional, sekaligus tiada penjarakan sosial berlaku menyebabkan risiko terkena jangkitan adalah tinggi.
Menurut Public Health Malaysia, kedua-dua sektor ini memerlukan kawalan yang ketat bagi mengelakkan terjadinya kluster baru iaitu kluster gunting rambut ataupun kluster urut, bekam dan akupuntur.
Bagi pengusaha kedai gunting rambut, anda dinasihatkan untuk mengikuti langkah seperti berikut:
1. Tukang gunting rambut
- Pastikan tidak mempunyai sebarang gejala demam, batuk selsema
- Menggunakan topeng muka
- Membasuh tangan sebelum dan selepas menyentuh pelanggan
- Menjaga kebersihan dan sanitasi premis
- Dilarang vape dan merokok
2. Premis
- Perlu lakukan pembersihan harian / disinfeksi harian
- Mempunyai ruang pengudaraan yang baik
- Jaga jarak sosial- 1 meter
- Kawal kemasukan pelanggan
- Ruang menunggu di luar dengan jarak sosial > 1 meter antara 1 sama lain
- Rambut yang telah di gunting perlu dibersihkan
- Larangan vape dan rokok
3. Pelanggan
- Perlu disaring, pelanggan bergejala tidak dibenarkan masuk
- Menggunakan penutup muka (terutama jika bergejala)
- Membasuh tangan sebelum masuk dan duduk
- Menjaga jarak sosial, jangan berebut, jangan berhimpit
- Dilarang merokok dan vape
Manakala bagi mereka yang terlibat dalam rawatan tradisional, anda dinasihatkan untuk:

1. Pengendali/Pengusaha
- Pastikan pengendali tidak bergejala dan sihat tubuh badan
- Gunakan topeng muka, sarung tangan dan PPE
- Membasuh tangan sebelum dan selepas menyentuh pelanggan
- Menggunakan peralatan yang bersih dan sterile
- Mengendalikan cecair tubuh dengan baik
- Menjaga kebersihan dan disinfeksi premis dan peralatan
2. Pelanggan
- Tidak hadir jika mempunyai gejala dan tidak sihat
- Mandi dan cuci tangan sebelum mendapatkan perkhidmatan
- Menjaga jarak selamat> 1 meter dengan pelanggan lain
- Memakai topeng muka (teruatama jika bergejala).
Adalah lebih baik sekiranya anda terus kekal berada dirumah, amalkan penjarakan sosial, patuh kepada arahan PKP, sentiasa menjaga kebersihan dan elakkan daripada berkunjung ke dua tempat diatas.
Sumber: Public Health Malaysia