
Buat mereka yang selalu memotong barisan ketika dalam trafik, besar kemungkinan anda mungkin boleh disaman oleh JPJ walaupun tiada pegawai yang bertugas ketika itu.
Seorang pengguna Twitter, @rejaie telah berkongsi cara untuk membuat laporan kepada JPJ sekiranya anda melihat sebarang kesalahan lalu lintas atau trafik.


Laporan oleh lelaki berkenaan juga telah mendapat respon daripada JPJ dan pesalah telah dikenakan tindakan susulan.

Apa yang penting adalah nombor plat kenderaan, lokasi, tarikh, masa dan keterangan insiden. Selain menerusi emel, anda juga boleh melaporkan terus kepada kaunter JPJ berdekatan.
Sumber: Twitter @rejaie // World of Buzz
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.