Jika anda sedang makan mee atau bihun, anda tidak disarankan untuk menonton video dibawah.
Seorang pesakit berusia 60 tahun di New Medical Center, Kundapur, India, mengadu sakit dan gatal pada bahagian matanya. Selepas diperiksa, Dr. Srikanth Shetty, menemui cacing yang masih hidup dibahagian bawah mata putih pesakit berkenaan.

Cacing yang dikenali dengan nama saintifik, Wuchereria Bancrofti, berjaya ditarik keluar daripada mata pesakit berkenaan menggunakan forcep.


Dikhuatiri jika dibiarkan, penglihatan pesakit itu akan terjejas teruk, mengakibatkan buta.
Sumber Video: Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.