Burger daging balut telur ini mungkin menjadi kegemaran kebanyakkan rakyat Malaysia untuk makan malam atau ketika ‘supper’.

Lebih dikenali sebagai ‘burger special’ , burger berkenaan menjadi tarikan Mat Salleh apabila perusahaan yang dijalankan The Malaysia Project menjadi tarikan di bandar New York.


Menurut pemilik The Malaysia Project, burger berkenaan dipanggil dengan nama ‘Malaysian-Style Burger’ dan dijual pada US$12 setiap satu, atau bersamaan RM51 sebiji.

Nyata orang ramai disana amat menyukai burger berkenaan dan sanggup beratur panjang demi sebiji burger special!
Sumber: Times / The Malaymail
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.