
Sumber: mStar & daily mail
Kanak-kanak berusia 3 tahun ni sangat istimewa. Kalau kanak-kanak lain mudah menangis walaupun terjatuh sikit, tapi berbeza pula dengan Dexter Cahill. Dia tak menangis walaupun ibu jari dan tangannya patah. Rasa sakit langsung tak bermakna bagi Dexter.
Dexter mengalami masalah organ deria yang juga penyakit saraf tahap empat. Pernah suatu ketika tibia iaitu salah satu tulang sendi dengan lutut di pergelangan kaki kirinya patah, Dexter langsung tak berasa sakit atau menangis. Pihak hospital tak perlu menyuntik morfin sebaliknya terus betulkan tulang tersebut.
"Ketika itu, Dexter hanya minta lolipop dan dia terus ceria seperti biasa," kata pasangan itu.
"Orang ramai anggap Dexter seorang adiwira, tetapi sebenarnya di seorang budak yang lemah dan boleh menghidap penyakit apendik. Cuma bezanya dia tidak akan merasai kesakitan," katanya.


*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.