Hanya demi menghasilkan content di laman YouTube, seorang lelaki dari Texas, Amerika Syarikat retak tulang tengkorak selepas bertindak terjun ke dalam sungai dari sebuah jambatan.

Lelaki itu dimasukkan ke hospital selama tiga hari selepas melakukan rakaman itu bagi menerima rawatan.
Video yang tetap dimuatnaik di Youtube miliknya menunjukkan beliau memanjat struktur paling tinggi jambatan berkenaan, sebelum terjun ke dalam sungai sambil dirakam oleh seorang wanita.

"Semoga video ini memberi motivasi untuk kamu mengejar impian.
"Bagi saya, tidak menyeronokkan jika menjalani hidup dengan cara normal," katanya kepada kamera sebelum terjun ke Sungai Colorado.
Semasa dalam sungai, lelaki itu dilihat melambai ke arah bot sebelum dibantu dibawa ke tebing dan dikejarkan ke hospital.
"Ini hari ketiga saya di hospital. Saya masih boleh berjalan walaupun retak pada bahagian tengkorak.
"Beberapa individu menghantar kiriman mesej bertanya adakah berbaloi melakukannya?
"Tiada siapa mahu cedera, tetapi saya berpuas hati kerana dapat merealisasikan impian sendiri," kata lelaki berkenaan dalam video berasingan.
Setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada lelaki itu akan dikenakan tindakan undang-undang atas perbuatannya yang membahayakan nyawa.
Sumber: NY Post
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.