Buah baik untuk kesihatan tubuh, membekalkan nutrien dan membantu sistem pencernaan. Pengambilan buah-buahan penting untuk melengkapkan gizi harian yang diperlukan tubuh. Tahukah anda setiap individu memerlukan dua hidangan buah setiap hari?
Tidak sekadar epal, anggur, nanas, jambu dan oren, kita juga boleh mengambil buah-buahan yang kami senaraikan ini. Jom uji sehebat mana anda mengenalinya.
#1 Jambu Susu

Kredit: Facebook @Bidayuh Awesome
Bahasa Inggerisnya milk apple, nama saintifiknya pula syzygium malaccense. Jambu susu yang sukar ditemui hari ini, mengandungi sedikit karotin dan dipercayai sebagai anti kanser. Buah ini mempunyai bentuk bulat dan agak lonjong serta meruncing ke pangkal. Rasanya masam kelat sebelum masak dan setelah masak hanya mampu bertahan dua hari sebelum membusuk.
#2 Acai Beri

Kredit: wikimedia
Buah kecil berwarna hitam-ungu kemerahan ini hampir menyamai anggur dan blueberry. Tumbuhan daripada keluarga palma yang juga merupakan superfood ini banyak ditemui di Amerika Tengah dan Selatan terutamanya di Amazon. Acai beri kaya dengan protein dan flavonoid. Buah ini juga kaya dengan anthocyamin yang dikatakan mampu mengawal paras kolesterol dan tinggi antioksida berbanding kranberi, raspberi, blackberry, strawberi atau blueberry yang baik untuk menghalang penyakit jantung, kanser juga meningkatkan pertahanan badan.
#3 Buah Pisang Kaki

Kredit: wikimedia
Buah pisang kaki atau persimmon berasal dari China dan kini banyak ditanam di negara beriklim sejuk seperti Jepun dan turut ditaman di Cameron Highland Malaysia. Buahnya berbentuk bulat leper dan berwarna kuning kemerahan setelah masak. Pisang kaki kaya dengan Vitamin C, Beta Carotene, zat galian dan bahan antioksidan yang dipercayai baik untuk kesihatan antaranya mengawal tekanan darah tinggi, melancarkan pengaliran darah , mengatasi masalah sembelit dan elok untuk kesihatan paru-paru serta jantung.
#4 Lobak Ungu

Kredit: twenty20
Lobak, tumbuhan rendah kalori dan kaya dengan vitamin A, vitamin C, vitamin K, mineral dan serat. Selain baik untuk mata kerana tinggi kandungan karotenoid, kandungan antioksida yang tinggi dipercayai mampu mengelakkan kanser, antiradang serta meningkatkan sistem pertahanan badan.
#5 Kale

Kredit: pexels
Kale atau kubis kerinting, tumbuhan berdaun hijau atau ungu merupakan spesies tumbuhan Brassica oleracea yang tinggi kandungan beta karotena, vitamin K, dan vitamin C dan kalsium. Kubis kerinting adalah sumber dua karotenoid dan mengandungi sulforaphane yang merupakan ciri anti barah.
Tidak kira apa jua buah-buahan yang anda gemari, pastikan anda tidak lupa mengambil buah-buahan setiap hari. Mengikut statistik, pengambilan buah-buahan oleh orang dewasa telah berkurang dari 7.5% pada tahun 2011 ke 6% pada tahun ini. Usah jadikan diri anda penyumbang kepada statistik ini. Jadikan pengambilan buah-buahan, tidak kiralah yang dimakan begitu sahaja atau diminum dalam bentuk jus sebagai rutin harian menyihatkan.
Menyedari kepentingan buah-buahan dalam diet harian, roadshow Kebaikan Buah-Buahan Harian MARIGOLD PEEL FRESH telah diadakan pada 4 hingga 8 Oktober lalu di Mydin Mall Meru Raya, Ipoh yang turut dimeriahkan oleh duta MARIGOLD PEEL FRESH, Lisa Surihani.

Jom serbu kempen seterusnya yang akan diadakan di MyTown Shopping Centre, Cheras mulai 1 hingga 4 November 2017 dan Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru mulai 16 hingga 19 November 2017. Pelbagai aktiviti menarik menanti anda sekeluarga. Jom bertukar kepada gaya hidup lebih sihat dengan pengambilan lebih buah-buahan dan minum lebih jus!

Layari Facebook MARIGOLD PEEL FRESH untuk maklumat lanjut.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.