Berikutan pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), orang ramai adalah dilarang untuk merentasi negeri bagi menghalang penularan wabak COVID-19 di negara ini.
Disebabkan itu, dua beradik ini terpaksa bertemu seketika bagi mengubati kerinduan dengan dipisahkan oleh kawat duri di hari pertama Syawal.

Video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Nur Adilah Abu Sien berdurasi satu minit 56 saat, dipercayai dirakam di sebuah jambatan di sempadan Hulu Selangor dan Perak.

Video berkenaan memaparkan seorang wanita bersalaman dengan seorang lelaki dipercayai abangnya sebelum mengambil lemang.

Wanita itu kemudiannya dilihat mencium tangan lelaki berkenaan sambil mengusap pipinya.
Video terbabit nyata menarik perhatian ramai dan bersimpati dengan keadaan itu, namun terpaksa akur dengan pelaksaaan PKPB dan juga berdoa agar wabak COVID-19 ini akan segera berakhir.
Sumber: Facebook
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.