Pekerja yang bekerja dari rumah (BDR) perlu menerima bayaran gaji seperti biasa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Majikan juga tidak boleh memaksa atau mengarahkan pekerja untuk menggunakan cuti tahunan (annual leave) atau cuti tanpa gaji (unpaid leave) sepanjang arahan bekerja dari rumah ini dilaksanakan.
Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk M. Saravanan, ia selaras dengan perintah yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) melalui talian 03-8886 2352, 03-8886 2409 atau 03-8888 9111.
Sumber: Astro Radio News
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.