Sesuai dengan penularan wabak COVID-19 ketika ini, seorang pereka fesyen tampil dengan rekaan unik baju melayu yang hadir bersama-sama topeng muka.

Pereka fesyen, Kel Wen Tan, memberitahu bahawa koleksi baju Melayu kali ini dilengkapi dengan topeng muka sedondon, bukan sahaja untuk faktor keselamatan, malah sebagai satu fesyen.
Tambahnya lagi, untuk koleksi kali ini beliau membuat perbezaan pada rekaan kali ini dengan saiz yang lebih besar daripada ukuran badan.
"Satu-satunya perbezaan pada rekaan ini adalah ia dihasilkan lebih besar daripada ukuran badan dan paling penting ia mudah digayakan dengan seluar pelbagai variasi.
"Memandangkan ketika ini kita sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19, saya memperkenalkan topeng kain yang padan dengan 'baju oversize' dan memakai seluar berlainan warna," katanya.

Menurut Kel, rekaan baju oversize ini telah mula tular sejak tahun lalu, memberinya inspirasi untuk tampil dengan sweater dengan potongan yang sama.
Beliau juga membuat kajian dan mendapati bahawa baju Melayu bukan sahaja dipakai ketika hari Raya, sebaliknya menjadi pakaian pilihan semasa majlis tertentu.
Sumber: mStar / Instagram @behatico
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.