Dalam merancang aktiviti harian untuk bermain sambil belajar, kita pasti inginkan suatu kelainan. Ya, buat eksperimen merupakan salah satu aktiviti yang lain daripada lain boleh dilakukan dirumah.
Eksperimen sains yang menjadi pilihan pastinya eksperimen yang mudah dan memerlukan penyediaan bahan yang ringkas tetapi hasilnya bagaikan seorang ahli silap mata.
#1 – Pelangi Gula-Gula
Bahan-bahan :
1. Gula-gula berwarna (contoh, Skittles, Smarties, M&M dan lain-lain)
2. Air suam
Langkah-langkah :
1. Susun gula-gula berwarna di bahagian tepi pinggan.
2. Tuang air suam ke bahagian tengah pinggan sehingga melepasi paras Skittles.

Kredit : commonpost.boo.jp
Hasilnya, corak warna-warni akan terhasil bagaikan pelangi pada bahagian tengah pinggan. Cantik!
#2 – Susu Berwarna Ajaib
Bahan-bahan :
1. Susu
2. Kapas
3. Pewarna makanan
4. Sabun pencuci pinggan
Langkah-langkah :
1. Tuang susu ke dalam mangkuk.
2. Titis beberapa titik pewarna makanan ke dalam susu.
3. Titis sabun pencuci pinggan ke dalam susu tadi.
4. Celup putik kapas pada pewarna makanan dan kacau.
5. Hasilnya akan kelihatan warna menarik dalam cawan.

Kredit : youtube.com
#3 – Sayur Kobis Warna-Warni
Bahan-bahan :
1. Daun kobis
2. Gelas berisi air
3. Pewarna makanan
Langkah-langkah :
1. Titis beberapa titik pewarna makanan ke dalam gelas berisi air
2. Masukkan sehelai daun kubis ke dalam gelas tersebut.
3. Biarkan semalaman.
Kredit: pagingfunmums
Hasilnya, daun kobis yang asalnya berwarna putih akan bertukar warna menjadi warna pewarna makanan dalam gelas. Cuba lakukan langkah 1 hingga 3 dengan warna-warna lain. Mesti cantik kobis anda jika guna campuran warna kan? Selain kobis, boleh juga gunakan bunga berwarna putih.
#4 – Awan dan Hujan
Bahan-bahan :
1. Air
2. Gelas
3. Pewarna makanan
4. Krim Pencukur
5. Penitis
Langkah-langkah :
1. Isikan ¾ gelas dengan air.
2. Penuhkan bahagian atas gelas dengan krim pencukur.
3. Tunggu beberapa minit sehingga krim pencukur terkumpul pada bahagian atas gelas.
4. Larutkan pewarna makanan dengan air di dalam bekas lain dan ambil larutan warna yang dilarutkan tadi dengan penitis.Guna straw pun boleh.
5. Titiskan sebanyak mungkin pewarna di atas krim pencukur yang sudah diletakkan dalam gelas tadi dengan memasukkan bahagian hujung penitis ke dalamnya.

Kredit : growingajeweledrose.com
Hasilnya, anda akan lihat awan dan hujan akan terhasil dalam gelas!
#5 – Letupan Kapur Colorful
Untuk eksperimen ini, pastikan anda lakukan diluar rumah dan dikawasan lapang ye!
Bahan-bahan :
1. Cuka
2. Kapur berwarna
3. Plastik ‘ziplock’
4. Kertas lukisan
Langkah-langkah :
1. Hancurkan kapur berwarna.
2. Masukkan cawan cuka ke dalam plastik ‘ziplock’.
3. Masukkan beberapa sudu kapur berwarna yang telah dihancurkan ke dalam plastik ‘ziplock’.
4. ‘Ziplock’ plastik dengan segera.
5. Letak plastik ‘ziplock’ ini di atas kertas lukisan tadi.


Kredit : growingajeweledrose.com
Pastikan anda melakukan eksperimen ini diluar rumah ya kerana tindakbalas antara kapur dan cuka akan menghasilkan letupan! Jangan risau kerana letupan itu adalah bersifat lemah dan tidak merbahayakan.
Seronok betul kan buat eksperimen sendiri dirumah? Jika anda ingin belajar buat eksperimen lain yang lebih menarik dan awesome, jom check out Petrosains Science Show Competition 2018 di saluran Astro TVIQ C610!
Mula diperkenalkan pada tahun 2009, Petrosains Science Show Competition kembali lagi untuk tahun ke-9 berturut-turut dan ingin memberikan peserta dan penonton dengan persekitaran yang merangsang dan menarik bagi pembelajaran sains.
Peserta pertandingan ini dikehendaki membentangkan konsep saintifik dan mempamerkan percubaan atau demonstrasi untuk menggambarkan teori sains dalam tindakan, sama ada secara individu atau dalam pasukan dua dalam 15 minit.
Pertandingan ini dibuka kepada semua pelajar sekolah menengah di seluruh negara dan pasukan yang menghantar penyertaan mereka akan menjalani proses pemilihan yang ketat. Pasukan terbaik dipilih untuk bersaing di pertandingan peringkat negeri masing-masing. Pasukan yang menang akan bersaing pada peringkat akhir.
Petrosains Science Show Competition tidak hanya membenarkan para peserta untuk menyatakan pengetahuan mereka dan mempamerkan bakat mereka melalui prestasi kreatif dan pendidikan, ia juga akan memperdalam pemahaman mereka tentang sains dan membangun keyakinan diri mereka.

Pink Anak Rakim (kanan) dan Carlos Tinos Anak Kirip, pelajar-pelajar SMK Tun Abd Razak, Sarawak di atas pentas dengan prestasi kejayaan sains mereka 'Mystery of Hexagon'.
Dr. Ahmad Rafee bin Che Kassim, Pengarah Bahagian Perancangan, Dasar dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pendidikan (kedua dari kiri) menyampaikan pemenang Pertandingan Sains Sains Petrosains 2018, SMK Tun Abd Razak, Sarawak dengan hadiah utama semua -membayar perjalanan ke China Science and Technology Museum di Beijing, China, trofi, wang tunai RM10,000 dan barangan Petrosains. Turut hadir di atas pentas ialah Puan Fedora Zulkifli, Ketua Pegawai Eksekutif Petrosains (kedua dari kanan), Encik Mohamed Iran Moriff Mohd Shariff, Ketua Pegawai Operasi, Bank Islam Malaysia Berhad (kiri) dan Puan Rozainum Ahmad, Pengarah, Kokurikulum dan Kesenian Bahagian, Kementerian Pendidikan (kanan).
Semua lapan finalis Pertandingan Petrosains Science Show 2018.
Bestnya sambil belajar sains, sambil berpeluang menang hadiah utama berupa trip ke Beijing! Jom siap sedia daripada sekarang, mana tahu tahun hadapan giliran anda pula untuk masuk bertanding dalam Petrosains Science Show Competition 2019? Dan jangan lupa check out Petrosains Science Show Competition 2018 di saluran Astro TVIQ C610 sepanjang bulan Disember ini ok!