Tidur adalah satu perkara yang sangat penting buat tubuh kita. Tidur yang lena dan nyenyak boleh memberi kesihatan dan kesegaran pada tubuh badan. Cuba bayangkan kalau tidur tak lena, mesti moody seharian, kan? Tidur yang baik juga dapat memberi kesihatan yang baik pada bahagian belakang badan.
Jadi, korang kena tahu punca kenapa korang tidur tak nyenyak. So, ini 5 punca kenapa korang selalu tidur tak lena.
#1 Banyak fikir

Kredit: Shutterstock
Apabila kita berfikir, minda kita terus berjalan. Jadi, kalau banyak sangat berfikir perkara ini akan mengganggu tidur korang. Seelok-eloknya sebelum tidur, settlekan apa yang patut kemudian tenangkan fikiran. Barulah kita tidur dengan nyenyak.
#2 Terlalu penat

Kredit: Shutterstock
Ya, bila kita terlalu penat mata kita akan susah untuk terlelap. Kadang-kadang ambil masa 2 hingga 3 jam juga untuk rasa mengantuk. Jadi, kalau anda mahu tidur dengan nyenyak, elak melakukan aktiviti berat sebelum tidur.
#3 Sibuk Bermain Gajet

Kredit: Shutterstock
Antara punca tidur tak lena adalah asyik mengadap skrin gajet. Cahaya dari skrin tersebut boleh menyebabkan mata kita terus aktif dan susah untuk tidur. Jadi, sebelum tidur seeloknya jangan melihat skrin telefon.
#4 Persekitaran bilik yang serabut.

Kredit: shutterstock
Kondisi bilik jugak memainkan peranan penting untuk tidur yang lena. Kalau korang betul-betul nak tidur dengan nyenyak pastikan bilik tidur anda kemas dan selesa. Pastikan juga aliran udara sentiasa segar. Barulah dapat tidur dengan sempurna.
#5 Tilam yang tak selesa.

Kredit: Shutterstock
Benda paling penting untuk memastikan tidur yang lena adalah keselesaan tilam. Kalau tilam korang tu tak selesa dan diperbuat daripada bahan-bahan yang tak berkualiti, mesti tidur korang akan terganggu. Silap-silap bila bangun je akan rasa sakit belakang dan sebagainya. Jadi, korang kena pastikan tilam yang korang gunakan itu selesa. Barulah dapat tidur dengan nyenyak dan lena.

Kalau korang mencari tilam yang boleh membantu tidur untuk lebih nyenyak, apa kata korang try tilam King Koil Prince Collection, pilihan artis popular Malaysia, Fattah Amin. Apa yang bestnya tilam King Koil Prince Collection ni?
Tilam King Koil Prince Collection ada 3 zone untuk memberikan keselesaan pada tahap maksimum dan juga menjaga tubuh belakang korang. Setiap zon mempunyai fungsi yang berbeza.
Zon 1 akan memberikan sokongan pada bahagian atas belakang badan serta melegakan pada bahagian leher dan bahu. Zone dua pula akan menyokong bahagian bawah belakang badan dan memberi kelegaan bahagian pinggul. Zon 3 pula menyokong berat pada bahagian atas kaki sehingga ke bawah.
Selama 30 tahun kerjasama antara King Koil dengan ICA (International Chiropractors Association) di Amerika, King Koil telah menghasilkan koleksi tilam yang akan membantu tidur malam korang menjadi lebih nyenyak dan lena. Bak kata duta King Koil, Fattah Amin,
“Saya sangat percaya akan tidur yang lena dan penjagaan tubuh belakang adalah sebahagian daripada menjaga kesihatan dan gaya hidup yang aktif. Saya juga percaya kepada tilam King Koil Prince Collection dapat memberikan tidur yang lena serta kesihatan tubuh belakang.”
Untuk info lanjut, layari website King Koil dan juga Facebook King Koil.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.