Siri permainan popular, Among Us kini melarang mana-mana pemainnya keluar daripada pemainan dengan sengaja.

Permainan mudah alih yang menjadi popular tahun 2020 ini menjadi pilihan ramai untuk berhubung dan bermain sesama rakan serta pengguna lain, takkala wabak COVID-19 sedang melanda dunia ketika ini.
Bermotifkan permainan mencari siapakah ‘impostor’ dalam kalangan pemain, ada ketikanya pemain suka untuk keluar daripada permainan dengan sengaja, kerana merasakan tidak seronok untuk meneruskan game yang sudah bermula. Atau pun ada juga keluar daripada game, kerana tidak terpilih untuk menjadi impostor.
Kini, permainan mudah alih keluaran IndieSloth ini tampil dengan update baharu dimana ia akan ‘banned’ mana-mana pemain yang bertindak keluar daripada permainan tersebut dengan sengaja.
Menerusi laman Reddit, seorang pengguna berkongsi tangkapan skrin menunjukkan larangan bermain selama 5 minit, kepada mereka yang sengaja keluar daripada game yang sudah bermula.

Mungkin 5 minit kedengaran seperti sekejap, namun ia sudah cukup untuk memberi pengajaran kepada golongan seperti ini dalam permainan Among Us.
Amaran sama juga muncul jika pemain menggunakan godam dalam permainan berkenaan:

Dalam perkembangan lain, Among Us dikatakan akan tampil dengan beberapa siri update, antaranya membenarkan lebih daripada 10 pemain, peta yang baharu dan juga membuat undian rahsia.

Sumber: Screenrant
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.