Ekoran daripada pandemik virus korona atau COVID-19, banyak liga bola sepak di dunia terpaksa ditunda atau dibatalkan. Namun ia tidak menjadi alasan untuk pemain-pemain bola sepak ini untuk duduk sahaja dan tidak berbuat apa-apa.
Menjengah ke laman sosial, dapat dilihat ramai bintang bola sepak terkenal menggunakan masa terluang ini dengan pelbagai aktiviti. Khasnya mereka yang beragama Islam, sudah pasti sambutan Ramadan kali ini cukup berbeza.
Jom kita intip aktiviti bintang bola sepak muslim saat Ramadan kali ini:
1. Karim Benzema
Penyerang kebangsaan Perancis dan juga Real Madrid, Karim Benzema tetap melakukan latihan saat bulan Ramadan walaupun perlawanan diberhentikan sementara.
2. Miralem Pjanic
Pemain Juventus yang berasal dari Bosnia ini dilihat menjemur tubuhnya agar mendapatkan vitamin D saat menjalankan ibadah puasa sementara Liga Itali dihentikan seketika.
3. Shkodran Mustafi
Pertahanan Arsenal ini dilihat meluangkan masa bersama anaknya saat menjalani ibadah puasa ketika Liga Perdana Inggeris dihentikan seketika.
4. Granit Xhaka
Pemain Arsenal ini juga dirakamkan meluangkan masa bersama anaknya saat berada di rumah ketika sedang menunggu waktu berbuka puasa.
5. Sadio Mane
💪mood
A post shared by Sadio Mane (@sadiomaneofficiel) on
Penyerang Liverpool, Sadio Mane dilihat melakukan latihan intensif saat menjalankan ibadah puasa Ramadan, meskipun perlawanan dihentikan seketika.
6. Mohamed Salah
Penyerang Liverpool ini dilihat menyambut Ramadan dengan cukup meriah apabila memasang perhiasan dirumah dan juga bermain dihalaman rumah bersama anaknya.
Apa aktiviti korang masa puasa kali ini?
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.