Sejak akhir-akhir ini, aktiviti berbasikal secara berkumpulan sering menjadi topik perbualan ramai disebabkan ada pihak yang menjalankan aktiviti ini ditempat yang membahayakan seperti di atas jalanraya sesak.

Dikhuatiri boleh membahayakan diri dan pengguna jalan raya yang lain, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengkaji isu berkenaan bagi mendapatkan penyelesaian terbaik dalam menjaga keselamatan pengguna jalan raya, termasuk mereka yang berbasikal.
Buat masa ini, tiada undang-undang khusus basikal di bawah Akta Pengangkutan Jalan yang boleh dikuatkuasakan dan JPJ akan bekerjasama dengan agensi lain untuk selaraskannya.

Malah, pengguna basikal adalah bukan golongan yang patut berada di atas jalan raya yang dikenakan cukai jalan.
Isu ini timbul selepas tularnya gambar sekumpulan individu yang berbasikal di laluan flyover Rasah Kemayan menuju ke Seremban Gateway, Negeri Sembilan yang menimbulkan kerisauan orang ramai akan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.